Saturday 9 July 2016

KARAMAH WALI IMAM AL-RIFAEI AL-KABIR, TANGAN NABI MUHAMMAD KELUAR DARI KUBUR BAGINDA

TANGAN NABI KELUAR DARI KUBURNYA
(Petikan dari Tausiah Maulid di Taman Hilliview Taman Sri Ukay Hulu Kelang Ampang yg disampaikan oleh Ustaz Ahmad Faidzurrahim-(berjubah hitam dalam gambar) pada 9 jan 2015 Jumaat mlm Sabtu-Ustaz Ahmad berserban dan berjubah hitam dalam gambar sedang menyampaikan syarahan)                                                                 Telah diriwayatkan oleh al-Imam al-Rafie  dalam kitab “Sawad al-`Ainain fi Manaqib al-Ghaus Abi al-`Aalamain” bahawa dia berkata:                                          
“ Telah dikhabarkan kepadaku daripada guruku al-Imam al-Hujjah al-Qudwah Abu al-Farj Umar al-Farusi al-Wasiti berkata : Guru kami Sayyid Ahmad al-Rifaie telah mengerjakan ibadah haji pada tahun 555 Hijrah. Tatkala beliau sampai ke Madinah Munawwarah  beliau telah  memuliakan datuknya dengan menziarahi maqam baginda Rasulullah sallallahu `alaihi wasallam.(Imam al-Rifaei adalah ketuturnan Nabi dari susur jalur Husain). Beliau telah berdiri mengadap maqam baginda dan kami pula berdiri di belakang beliau lalu beliau berkata: "Salam sejahtera wahai datukku", lalu dijawab oleh suatu suara daripada maqam Rasulullah sallallahu `alaihi wasallam: "Dan sejahtera ke atas engkau wahai cucuku". Maka al-Imam al-Rifaie mengungkapkan satu syair dengan suara yang amat merdu:
فِي حَالَةِ الْبُعْدِ رُوحِي كُنْتُ أُرْسِلُهَا       تُقَبِّلُ الأَرْضَ عَنِّي وَهِيَ نَائِبَتِي

وَهَذِهِ دَولَةُ الأَشْبَاحِ قَدْ حَضَرَتْ         فَامْدُدْ يَمِيْنَكَ كَي تَحْظَى بِهَا شَفَتِيْ

Maknannya: "Dari kejauhan kukirimkan rohku,
Untuk mencium tanah sebagai pengganti diriku,
Inilah diriku sekarang hadir,
Maka hulurkanlah tanganmu agar bibirku dpt mengucupinya".

Ketika itu juga keluar tangan melalui maqam baginda sallallahu`alaihiwasallam yang amat wangi lalu imam Ahmad al-Rifai menciumnya. Peristiwa tersebut disaksikan oleh lebih kurang 90 ribu manusia yang berada di sekitar maqam ketika itu. Mereka semua mendengar suara Rasulullah dan juga telah melihat tangan baginda. Antara ulama lain yang berada di situ ketika kejadian tersebut ialah Sheikh Hayat ibn Qais al-Harrani, Sheikh `Adi al-Syami dan ramai lagi.”... Alhmdulillah sesungguhnya karamah para wali adalah hujjah atas kebenaran Dakwah Nabi Muhammad.dan Alhmdulillah kita di atas akidah yg benar 'ALLAH ADA TANPA TEMPAT'.. Renung2kan.                                                 Antara kata-kata Imam al-Rifaei al-Kabir (Petikan dari kitab al-Burhan al-Muayyad) :
وَصُونُوا عَقَائِدَكُم مِنَ التَّمَسُّكِ بِظَاهِرِ مَا تَشَابَهَ مِنَ الْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ لِأَنَّ ذَلِكَ مِن أُصُولِ الْكُفْرِ
Terjemahannya: "Dan jagalah pegangan-pegangan akidahmu daripada berpegang dengan zahir ayat mutasyabihah daripada kitab al-Quran dan al-Sunah kerana yang demikian adalah daripada asal kekufuran".

Beliau berkata:
نَزِّهُوا اللهَ عَن سَمَات المحدثِين, وَصِفَات المخلوقِين, وَطَهِّرُوا عَقَائِدَكُمْ مِن تَفْسِيرِ مَعْنَى الِاسْتِوَاءِ فِي حَقِّهِ تَعَالَى بِالِاسْتِقْرَارِ كَاسْتِوَاءِ الأَجْسَامِ عَلَى الأَجْسَامِ الْمُستلزم لِلْحُلُولِ, تَعَالَى عَن ذَلِكَ, وَإِيَّاكُمْ وَالْقَولَ بِالْفَوقِيَّةِ وَالسُّفْلِيَّة وَالْمَكَان وَالْيَد وَالْعَين بِالْجَارِحَة, وَالنُّزولِ بِالِإتْيَانِ وَالِانْتِقَال.
Terjemahannya: "Sucikanlah Allah olehmu daripada mempernamakan dengan perkara baru, sifat-sifat makhluk, dan bersihkanlah pegangan akidahmu daripada mentafsirkan makna ‘al-Istiwa’ pada hak Allah Ta`ala dengan menetap seumpama menetapnya suatu jisim yang melazimi kesatuan. (dikatakan bersatu apabila suatu jisim melekat dengan jisim lain), Maha suci Allah daripada sedemikian. Jaga-jagalah daripada menyandarkan kepada Allah dengan atas, bawah, tempat, tangan dan mata dengan makna anggota, turun, datang dan berpindah".

Beliau berkata:
” يَا وَلَدِي إِذَا تَعَلَّمْتَ عِلْمًا وَسَمِعْتَ نَقْلًا حسنًا فَاعْمَلْ بهِ وَلَا تَكُنْ مِنَ الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَلَا يَعْمَلُونَ “
Terjemahannya: 'Wahai anakku apabila engkau menuntut suatu ilmu dan mendengar nukilan yang baik maka beramallah dan janganlah engkau menjadi golongan mereka yang menuntut ilmu tetapi tidak mengamalkannya".      
                                                                                     Beliau berkata:
 ” العَجَبُ مِمَّنْ يَعْلَمُ أَنَّهُ يَمُوتُ كَيفَ يَنْسَى الْمَوتَ, وَالْعَجَبُ مِمَّنْ يَعْلَمُ أَنَّهُ مُفَارِقُ الدُّنْيَا كَيفَ يَنْكَبُّ عَلَيهَا وَيَقْطَعُ أَيَّامَهُ بِمَحَبَّتِهَا “
Terjemahannya: "Adalah satu kepelikan bagi mereka yang mengetahui bahawasanya dia akan mati bagaimana dia boleh melupakan mati, Dan satu kepelikan bagi mereka yang tahu dia akan berpisah dengan dunia bagaimana dia mengharungi hari-harinya dengan kecintaan kepadanya".
                                                                                   Beliau berkata:
” الدُّنْيَا أَوَّلُهَا ضَعْفٌ وَفُتُورٌ وَآخِرُهَا مَوتٌ وَقُبُورٌ “
Terjemahannya: "Dunia ini permulaannya lemah dan pengakhirannya adalah kematian dan kubur".         
 (ustaz-faidzurrahim.blogspot.com).

No comments:

Post a Comment