Wednesday 28 January 2015

HARAM MENAMAKAN WAHABI DENGAN SALAFI? -Siri Pembongkaran akidah wahabi-

Peringatan Yang bermanfaat untuk kita semua
 Telah berkata salah seorang ulamak Ahli Sunnah Wal Jamaah:


 الوهّابيّة لا يجُوز تَسمِيَتُهم سلَفِيّة لأنّ هذا فيه كذبٌ وفيه إيهامٌ للنّاس أنّهم على سِيرة السّلَف الصّالح

 Maknanya: "Tidak harus menamakan WAHABI dengan nama SALAFI, kerana sedemikian mengelirukan orang awam bahawa WAHABI berada dalam manhaj SALAF. (Padahal hakikatnya WAHABI bercanggah dengan Ahli Salaf)".


 Rasulullah pernah bersabda :
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي شَامِنَا وَفِي يَمَنِنَا قَالَ قَالُوا وَفِي نَجْدِنَا قَالَ قَالَ اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي شَامِنَا وَفِي يَمَنِنَا قَالَ قَالُوا وَفِي نَجْدِنَا قَالَ قَالَ هُنَاكَ الزَّلَازِلُ وَالْفِتَنُ وَبِهَا يَطْلُعُ قَرْنُ الشَّيْطَانِ
“Ya Allah berilah keberkatan kepada kami, pada Syam kami dan pada Yaman kami”. Para sahabat berkata “dan juga Najd kami?”. Beliau bersabda “di sana akan muncul huru hara dan fitnah, dan di sanalah akan muncul tanduk syaitan”
[Shahih Bukhari]

Disedeiakan oleh:  http://ustaz-faidzurrahim.blogspot.com/

Saturday 24 January 2015

BERSAMA USTAZ FAIDZURRAHIM SEKITAR PROGRAM MAULID DI PAHANG, BONGKAR AKIDAH WAHABI 2015

Ustaz Ahmad Faidzurrahim (berjubah dan berserban hitam) sempat menyampaikan Tausiah Maulid



 
 Sebelum Maghrib sementara menunggu jamaah datang , majlis Tahlil diadakan







Ustaz Ahmad Faidzurrahim (berjubah dan berserban hitam) sempat menyampaikan Tausiah Maulid.                            Antara Pengisian Tausiah  Maulid yang disampaikan adalah:
1- Kebenaran akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah 'ALLAH ADA TANPA TEMPAT'
2- Kebenaran Sambutan Maulid Nabi yang mana ia adalah Bidaah Yang Baik
3- Kebenaran akidah Sultan Solahudin yang memperjuangkan akidah 'ALLAH WUJUD TANPA TEMPAT'
4- Karamah Imam Ahmad al-Rifaei al-Kabir yang berjabat tangan Nabi dari Maqam Rasulullah pada tahun 555 H

5- Bahaya akidah Wahabi yang beriktiqad Allah duduk atas langit dan arasy, dan bahaya Wahabi yang mengkafirkan umat Islam yang menyambut Maulid.
6- Kenyataan Imam al-Syafei bahawa bidaah terbahagi kepada dua iaitu bidaah yang baik dan bidaah yang dicela, diriwiyatkan oleh Imam al-Baihaqi dalam kitab Manaqib al-Syafei.
7- Antara akidah Sultan Solahudin juga adalah seperti berikut:   
وصانـع العالـم لا يحـويـه ,,, قطر تعالى الله عـن تشبيـه 
قد كـان موجـودا ولا مكانـا ,,, وحكمه الآن علـى مـا كانـا 
سبحانـه جـل عـن المكـان ,,,, وعـزّ عـن تغيـر الزمـان
Maknanya: "Yang Pencipta alam (Allah)  tidak diliputi oleh arah dan tempat, Maha Suci Allah dari penyerupaan, Allah Wujud abadi tanpa permulaan dan tidak ada tempat bagi-Nya, dan selepas dicipta tempat makakewujudan-Nya sebagaimana sediakala iaitu tanpa tempat, Maha Suci Allah dari tempat dan perubahan zaman".
8- Orang Islam yang pertama sekali menyambut Maulid Nabi sejarah besar-besaran adalah Sultan al-muazaffar di Irbil Iraq.
9- Imam al-Sayuti menulis risalah berjudul 'Husnul Amqsid Fi 'amalil Maulid' menjelaskan akan keharusan Maulid Nabi.
10- Umat Islam jangan sekadar menghayati sejarah akhlak Nabi semata-mata sahaja, tapi mesti menghayati perjuangan akidah yang dibawa oleh baginda. Dan antara akidah Nabi kita ialah 'ALLAH WUJUD TANPA TEMPAT'.

Ustaz sempat mentahnik bayi yang ada di majlis tersebut


Ketika di awal majlis menungguh penyampai Tausiah.

 Jamaah bangun berselawat ramai-ramai, Alhamdulillah

Sebahagian Jamaah muslimat yang hadir
Alhamdulillah Majlis berjaya dengan hebatnya berkat Rasulullah dan pengorbanan orang-orang Pahang di sana.


Monday 19 January 2015

CERAMAH PEJUANG SUNNAH DARI ARAB SHEIKH KHALIL AL-DABBAGH, TAJUK ALLAH WUJUD TANPA TEMPAT, DITERJEMAH KE DALAM BAHASA MELAYU

Kehebatan Sheikh Arab ini boleh bertutur dalam bahasa Melayu pada minit 14.20


ALLAH WUJUD TANPA TEMPAT BUKAN DI ATAS LANGIT DAN BUKAN DI ATAS ARASY, BUKAN DI MANA-MANA DENGAN ZAT-NYA

PROGRAM (ASWJ) MAULID DI PAHANG

Assalamualaikum semua

Program Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ)

 
Insya Allah Tausiah-tausiah Maulid akan disampaikan juga oleh al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim berkisar (http://ustaz-faidzurrahim.blogspot.com/ ) 'Mengenal Bahaya Wahabi melalui Penghayatan Maulid Nabi'.
Lokasi: SURAU AL-AMIN KG TEROH, 28600 KARAK, BENTONG PAHANG DARUL MAKMUR
Tetamu-tetamu VIP yang diundang:
1-Tuan Pegawai Daerah Bentong
2-Tuan Ydp Majlis Pembandaran Bentong
3-Dato Hj Mohd Zaini bin Dato Hj Salleh
4-Pegawai JASA Daerah Bentong
5-Penghulu Mk SABAI.

Semua dijemput hadir bagi memperkasakan lagi Ahli Sunnah Wal Jamaah